< السورة السابقة | فهرس السور | السورة التالية >



حدد حجم خط الآيات
()


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ وَيْلٌۭ لِّكُلِّ هُمَزَةٍۢ لُّمَزَةٍ ۝١

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

ٱلَّذِى جَمَعَ مَالًۭا وَعَدَّدَهُۥ ۝٢

Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخْلَدَهُۥ ۝۳

Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

كَلَّا ۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِى ٱلْحُطَمَةِ ۝٤

Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْحُطَمَةُ ۝٥

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?

نَارُ ٱللَّهِ ٱلْمُوقَدَةُ ۝٦

(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

ٱلَّتِى تَطَّلِعُ عَلَى ٱلْأَفْـِٔدَةِ ۝۷

Yang naik menjulang ke hati;

إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌۭ ۝۸

Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

فِى عَمَدٍۢ مُّمَدَّدَةٍۭ ۝۹

(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.